r
:: Ahlan ila Blog Abu Firzan ::
dalam blog ini www

Khidmat Untuk Ummah

Aidil Adha mengingatkanku kepada pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan ahli keluarga Baginda kepada Allah SWT. Amat besar pengorbanan yang mereka laksanakan demi mendekatkan diri kepada Al-Khaliq dan bagi mendapatkan keredhaan dan keberkatan hidup. Justeru apakah pengorbanan yang harus aku laksanakan ?

Selaku Pengerusi Komuniti HPA Bangi, aku harus meningkatkan komitmenku terhadap amanah yang telah diberikan ini. Lupakan kemewahan duniawi dan keinginan untuk menjadi jutawan lantaran sebelum ini aku pernah terjebak dengan beberapa peluang perniagaan yang tidak syar'ie.

Sekarang hanya HPA fokusku dan hanya HPA, Harapan Paling Akhir bagiku. Seluruh hidupku dan matiku Hanya Pada Allah bersama HPA. Inilah masanya untuk aku berkorban dengan berkhidmat untuk ummah, demi menjana dan meningkatkan pembangunan ekonomi Islam, kerana Allah. ALLAHU AKBAR !!!

 



 

Mutiara Hikmah

Gagal hari ini bukan bermakna gagal untuk selama-lamanya. Bangkitlah dari kegagalan untuk membina lebih banyak kejayaan. Rancanglah kejayaan dengan sebaiknya kerana gagal merancang bererti merancang kegagalan.