r
:: Ahlan ila Blog Abu Firzan ::
dalam blog ini www

Galeri MY Blog

MY Blog Banner
MY Blog Banner
MY Blog Banner

Peringatan Buat Yang Masih Hidup



Kejarlah harta kemewahan, ia akan hilang dan habis dibelanjakan ...
Kejarlah pangkat & jawatan, ia akan hilang bila kita diberhentikan ...

Kejarlah populariti & ke'glamour'an, ia akan hilang bila kita dilupakan ...
Sebaliknya kejarlah amal soleh, redha & cinta Ilahi ...
Agar menjadi bekalan ke akhirat sana ...

Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagai manakah bila semua
Hilang dan mati meninggalkan diri mu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masihkah ada jalan bagi mu untuk kembali
Mengulang ke masa lalu

Dunia ....dipenuhi dengan hiasan
Semua ... dan segala yang ada
Akan kembali pada Nya

Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi ...

Kami Merinduimu ...

Hari ini genaplah 4 bulan pemergian Kekanda Allahyarham Mohamad Asri Ibrahim atau Asri Rabbani. Masih teringat lagi saat-saat aku menerima berita kematian Allahyarham. Seolah-olah baru semalam Allahyarham meninggalkan kami. Kami semua sayang padamu namun Allah lebih menyayangimu. Cemburu rasanya kerana di saat akhir Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, beliau sedang berjuang, berdakwah demi mendaulatkan kalimah toyyibah melalui alunan nasyid dan zikirnya. Tak terjangkau dayaku untuk mencontohi Allahyarham. Kami amat merinduimu. Semoga rohmu tenang di alam barzakh sana...


Khidmat Untuk Ummah

Aidil Adha mengingatkanku kepada pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan ahli keluarga Baginda kepada Allah SWT. Amat besar pengorbanan yang mereka laksanakan demi mendekatkan diri kepada Al-Khaliq dan bagi mendapatkan keredhaan dan keberkatan hidup. Justeru apakah pengorbanan yang harus aku laksanakan ?

Selaku Pengerusi Komuniti HPA Bangi, aku harus meningkatkan komitmenku terhadap amanah yang telah diberikan ini. Lupakan kemewahan duniawi dan keinginan untuk menjadi jutawan lantaran sebelum ini aku pernah terjebak dengan beberapa peluang perniagaan yang tidak syar'ie.

Sekarang hanya HPA fokusku dan hanya HPA, Harapan Paling Akhir bagiku. Seluruh hidupku dan matiku Hanya Pada Allah bersama HPA. Inilah masanya untuk aku berkorban dengan berkhidmat untuk ummah, demi menjana dan meningkatkan pembangunan ekonomi Islam, kerana Allah. ALLAHU AKBAR !!!

 



 

Mutiara Hikmah

Gagal hari ini bukan bermakna gagal untuk selama-lamanya. Bangkitlah dari kegagalan untuk membina lebih banyak kejayaan. Rancanglah kejayaan dengan sebaiknya kerana gagal merancang bererti merancang kegagalan.